Berita

BAKRIYAH sumbang ‘Biskut Raya’ kepada ‘frontliners’

SEREMBAN: Badan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Pakatan Harapan dan Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Sembilan (BAKRIYAH) menyumbang ‘Biskut Raya’ kepada petugas barisan hadapan (frontliners) sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Yang DiPertua BAKRIYAH, Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof berkata, lima agensi yang menerima sumbangan ‘Biskut Raya’ ialah Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Bomba, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN).

“Negeri Roadstone Sdn Bhd menaja 500 kotak makanan, manakala Gemencheh Granite pula 450 kotak makanan.

“Semoga sumbangan yang disalurkan ini dapat menggembirakan para petugas barisan hadapan walaupun terpaksa bertugas pada Hari Raya,” kata Wan Hasni di majlis penyerahan ‘Biskut Raya’ kepada ‘frontliners’ di Kediaman Rasmi YAB Menteri Besar pagi ini.

Show More

Related Articles

Back to top button