Berita

1,000 pengunjung meriahkan pameran The Alhambra: Paradise On Earth

SEREMBAN: Sehingga semalam (Selasa), seramai 1,000 pengunjung telah hadir memeriahkan pameran “The Alhambra: Paradise On Earth” yang bertempat di Muzium DiRaja Istana Lama Seri Menanti.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, pameran tersebut dianjurkan oleh Pejabatan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan bersama Kedutaan Besar Sepanyol melalui Lembaga Muzium Negeri Sembilan.

“Pameran ini akan berjalan selama sebulan bermula 11 November sehingga 11 Disember ini.

“Pameran ini juga menayangkan keunikan budaya dan warisan negara Sepanyol daripada zaman awal sehingga kedatangan Islam di Sepanyol.

“Saya menyeru orang ramai untuk hadir memeriahkan lagi pameran ini kerana masuk adalah percuma,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button