BeritaMenarik

BAKRI: Saya Cina ke? Kenapa saya dilawan?

KLAWANG: Calon Pakatan Harapan DUN Klawang, Dato’ Ir.Bakri Sawir membidas prinsip parti Bersatu kononnya memperjuangkan hak-hak Melayu.

“Sekarang ini saya nak tanya, saya ini Cina ke? Kenapa saya dilawan?

“Untuk melawan seseorang itu, mestilah orang itu melakukan mungkar.

“Kalau saya tanya apa mungkar yang saya buat, sudah tentu mereka tak boleh jawab,” ujar Bakri.

Bakri berkata, sebaliknya sekiranya beliau ditanya apa mungkarnya Bersatu, beliau boleh menjawab.

“Saya akan beritahu mereka, Rasullullah berkata bukan daripada golongan aku, orang-orang yang menyeru di atas dasar bangsa.

“Sekarang Bersatu ini berjuang atas dasar bangsa, esok Rasulullah tidak akan terima.

“Itu sahaja sudah cukup alasan untuk saya menentang mereka dari segi politik,” jelas Bakri.

Bakri berkata demikian kepada Negeri Kita selepas mengadakan kempen ‘door to door’ di Kampung Orang Asli Ulu Kelaka di sini.

 

Show More

Related Articles

Back to top button