Berita

Walaupun negeri pembangkang namun tak menghalang membantu rakyat Negeri Sembilan

SIKAMAT: Calon Pakatan Harapan DUN Sikamat, Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, walaupun pada 2019 Negeri Sembilan menjadi negeri pembangkang tetapi tidak menghalang untuk membantu rakyat.

“Pada waktu itu, dengan pandemik Covid yang melanda negara sepatutnya sebagai negeri pembangkang kita lebih susah.

“Tetapi kita menggunakan hasil lebihan negeri sebanyak RM152 juta untuk diberikan semula kepada rakyat sewaktu pandemik pada 2020 dan 2021.

“Pelbagai jenis bantuan diberikan kepada rakyat ketika itu seperti bakul makanan, sumbangan kepada mangsa Covid dan yang meninggal dunia disebabkan penyakit tersebut turut menerima sumbangan.

“Ada orang hubungi bagi tahu di rumahnya tiada bekalan makanan, kita hantar barangan basah kepada mereka.

“Itu semua menunjukkan segala hasil yang kita perolehi dipulangkan semula kepada rakyat,” kata Aminuddin yang juga merupakan calon Menteri Besar Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button