BeritaMenarik

Bendera Pakatan Harapan dicabut

BUKIT KEPAYANG: Sebanyak 19 bendera Pakatan Harapan dicabut oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di Taman Rimbun Vista.

ADUN Bukit Kepayang, Puan Nicole Tan Lee Koon berkata, beliau menerima laporan berkenaan vandalisme tersebut pada Jumaat dan bergegas ke lokasi.

“Saya mendapati 19 kayu bendera telah dipatah dan dicabut.

“Tindakan vandalisme ini adalah tidak selaras dengan pendekatan Malaysia Madani.

“Ia adalah satu tindakan yang tidak bertamadun,” kata Nicole.

Nicole berkata, dalam suatu negara yang mengamalkan demokrasi, pengundi boleh menggunakan peti undi untuk menolak seseorang calon dan bukannya merosakkan bahan kempen.

“Tambahan lagi, kayu bendera yang patah tersebut mendedahkan orang ramai kepada risiko tercedera kerana ia adalah tajam.

“Saya menghargai usaha pasukan sukarelawan saya yang begitu gigih dan rajin.

“Mereka berjaya memasang 1,200 bunting dan 16 billboard dalam masa 30 jam selepas penamaan calon.

“Tindakan vandalisme ini mensia-siakan usaha mereka. Mereka terpaksa buat kerja berganda untuk memacak semula bendera-bendera tersebut,” ujarnya.

 

Show More

Related Articles

Back to top button