Berita

Penerimaan pengundi Ampangan positif

AMPANGAN: Calon Pakatan Harapan (PH) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan, Tengku Zamrah Tengku Sulaiman berkata, setakat lima hari berkempen penerimaan pengundi di Ampangan masih kuat kepada PH.

“Saya juga turut mendapat sokongan daripada pengundi wanita kerana ianya merupakan satu kelainan di Ampangan ini apabila diletakkan calon wanita.

“Walaupun terdapat satu dua orang yang mungkin tidak berpihak kepada kita, tetapi itu semua adalah perkara biasa dalam berkempen.

“Ia tidak menjejaskan saya, malah memberikan saya semangat untuk mengekalkan kerusi PH di sini,” kata Zamrah ketika di tanya wartawan.

Show More

Related Articles

Back to top button