Berita

Bazar Ramadhan Klawang tawar harga daging lebih murah

KLAWANG: Pusat Khidmat Rakyat DUN Klawang dengan kerjasama FAMA Daerah Jelebu telah menganjurkan Bazar Ramadhan.

Exco Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sembilan merangkap ADUN Klawang, YB Dato’ Bakri Sawir berkata, pelbagai barangan basah seperti ayam, daging lembu dan sayur-sayuran telah dijual dengan harga lebih murah dari harga pasaran.

“Saya memberi subsidi RM2.00 pada setiap kilo daging lembu yang dijual pada harga pasaran RM34.00 sekilo.

“Ini bermakna daging lembu dijual dengan diskaun RM2.00.

“Saya juga menyumbang dodol dan sayur-sayuran secara percuma kepada pengunjung yang hadir.

“Semoga bulan Ramadhan ini membawa berkat kepada kita semua. Selamat berpuasa dan menunaikan solat Terawih,” kata Bakri.

Show More

Related Articles

Back to top button