Bekalan makanan fokus utama Bajet 2023 Negeri Sembilan

Negeri Sembilan akan meletakkan Jaminan Bekalan Makanan sebagai bidang tumpuan utama dalam Belanjawan 2023.
Ia sebagai usaha untuk meningkatkan sekuriti makanan terutamanya dalam subsektor ternakan, sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap import bekalan makanan.
Sebanyak RM9.05 juta akan diperuntukkan dengan enam inisiatif baharu dan meneruskan dua inisiatif sedia ada di bawah bidang tumpuan Jaminan Bekalan Makanan iaitu Pembangunan Tanah Terbiar dan Tabung Agro.
Antara inisiatif baharu yang bakal diperkenalkan ialah:
๐ฆ๐ฒ๐ธ๐๐ฟ๐ถ๐๐ถ ๐ ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป๐ฎ๐ป (peruntukan RM3.5 juta)
Inisiatif ini akan memberikan insentif secara barangan atau in- kind kepada petani dan penternak bagi meningkatkan tahap pengeluaran masing-masing dan mampu mengurangkan kos operasi ladang sehingga 10 peratus untuk manfaat kepada lebih 150 pengusaha.
๐ ๐๐ฎ๐ณ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ ๐ง๐ฎ๐ป๐ถ (peruntukan RM500 ribu)
Melalui inisiatif ini, pakej bantuan diberikan iaitu Pakej Personal bernilai RM1,000 bagi seorang peserta dan Pakej Komuniti bernilai RM15,000 setiap komuniti berupa pemberian kit pertanian seperti benih, baja dan tanah campuran bagi memulakan tanaman
(๐ถ-๐ก๐ฃ๐๐) (peruntukan RM500 ribu)
Kerajaan Negeri bersetuju mewujudkan Insentif Penanaman Napier, Pastura dan Kekacang (i-NPAK) dalam usaha membantu mengurangkan kebergantungan kepada sumber makanan dedak.
Kadar bantuan yang disediakan adalah sebanyak RM10,000 per ekar dengan maksimum keluasan dua ekar untuk seorang peserta yang terbuka kepada pemain industri ternakan ruminan di Negeri Sembilan.