BeritaProgram

Beli mesin jahit, ubah suai kedai dengan TUNS PLUS

Seorang usahawan yang menjalankan perniagaan jahitan berjaya mengubah suai kedainya dengan bantuan TUNS PLUS.

Zainal Abidin Hassan dari Senawang menjalankan perniagaan service alteration untuk pakaian termasuk zip dan tampal koyak. Beliau juga mengeluarkan produk jeans berjenama sendiri.

“Pada mulanya saya terima bantuan RM3,000 (TUNS).

“Selepas saya mendapat pinjaman tanpa faedah RM15,000 (TUNS PLUS), ianya banyak membantu saya selepas dari kesan pandemik Covid-19 apabila banyak sektor perniagaan yang agak lembap.

“Saya dapat menambah mesin jahit, membuat ubah suai kedai sedikit dan beli barang-barang jahitan untuk naik taraf kedai kami.

“Alhamdullillah setelah mendapat bantuan TUNS dan TUNS PLUS, segala kemudahan yang saya dapat sangat membantu daripada segi kualiti dan produktiviti,” kata Zainal Abidin.

Menurut Zainal Abidin, beliau dapat hasilkan baju dan seluar dengan kualiti jahitan yang lebih baik selepas membeli mesin jahit dan peralatan yang baharu.

Show More

Related Articles

Back to top button