Berita

Hargai kesabaran guru tadika didik prasekolah

GEMAS: Menghargai dan meraikan anak-anak sewaktu di tadika adalah satu kenangan buat pendidik yang mendidik mereka dari ‘zero to hero’,” kata Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti Aishah Seman@Othman.

“Daripada tidak pandai menguruskan diri hingga boleh menguruskan diri sendiri, mengenali diri, belajar bergaul dengan rakan-rakan, belajar keyakinan diri, adab dan banyak lagi sebelum melangkah ke fasa baru iaitu sekolah rendah.

“Tahniah kepada anak-anak semoga mereka berjaya di dunia dan akhirat. Tahniah juga kepada guru yang mendidik mereka,” ujar Siti Aishah.

Siti Aishah berkata demikian di Majlis Perasmian Graduasi dan Penyampaian Sijil di Tadika Perpaduan Desa Permai Setia.

Turut hadir, Penolong Pegawai Perpaduan, Puan Ruslina Ramli dan Pengerusi Tadika, Encik Mohd Rifaie Mohd Khir.

Sementara itu, Siti Aishah turut merasmikan majlis graduasi gabungan dua buah tadika iaitu Tadika Permata Ar-Razi dan Tadika Permata Al-Biruni yang dimiliki oleh Puan Norhidayu Hashim dan Taska Sahabat Cilik yang dimiliki oleh Puan Siti Eshah Hashim.

Show More

Related Articles

Back to top button