Berita

Bakri sumbang RM5,000 kepada SMKDUMA Kuala Klawang

KLAWANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang, YB Dato’ Ir.Bakri Sawir telah merasmikan Laman Minda Sihat Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Undang Musa Al Haj (SMKDUMA) Kuala Klawang.

Bakri berkata, Laman Minda Sihat ini dibina bertujuan bagi kemudahan pelajar beriadah meluangkan masa menjalankan pelbagai aktiviti sihat dan pada masa yg sama dapat mengurangkan tekanan emosi pelajar.

“Terdapat sudut permainan, bacaan dan kolam air pancut yang menyegarkan suasana.

“Saya berharap agar guru-guru dan pelajar dapat memberi fokus di dalam urusan kehidupan dan akhirat.

“Terdapat tujuh amalan baik oleh Pendidik Amerika Syarikat iaitu Stephen Covey yang salah satunya ‘begins with the end in mind’ yang mana maksudnya kita hendaklah merancang ke hadapan apa yang ingin kita capai dengan membuat persediaan daripada sekarang,” jelas Bakri.

Bakri menyumbang RM5,000 bagi tujuan membina Laman Minda Sihat.

“Semoga dengan adanya Laman Minda Sihat ini dimanfaatkan oleh semua guru-guru dan pelajar SMKDUMA Kuala Klawang.

Turut hadir, Pengetua SMKDUMA Kuala Klawang Encik Norazman.

Show More

Related Articles

Back to top button