BeritaProgram

Usahawan tani berjaya tingkatkan produktiviti menerusi TUNS PLUS

TUNS PLUS bukan sahaja membantu usahawan kecil yang menjalankan perniagaan makanan, kesihatan, jahitan atau produk jualan; malah menawarkan bantuan kewangan kepada pengusaha pertanian.

Handalah Idrus dari Sendayan berjaya meningkatkan produktiviti selepas menerima pinjaman tanpa faedah TUNS PLUS sebanyak RM15,000.

“Saya dari awal mengusahakan pertanian Hidroponik Nutrient Film Technique (NFT) mempunyai perancangan mengembangkan perniagaan ini tetapi saya menghadapi kekangan modal.

“Justeru, apabila mendapat sahaja dana TUNS PLUS sebanyak RM15,000, saya terus meluaskan tanaman Hidroponik saya.

“Sebelum ini saya mengusahakan dengan 24 meja Hidroponik NFT.

“Hasil bantuan TUNS PLUS, saya berjaya meluaskan tanaman kepada 168 meja (5 x 40 kaki per meja) Hidroponik NFT.

“Ini secara langsung meningkatkan produktiviti dan pendapatan syarikat saya,” kata Handalah.

Handalah berkata, sebelum ini beliau mengharapkan pusingan modal daripada hasil jualan sekiranya mahu mengambil pekerja.

“Namun, dengan dana ini saya lebih yakin untuk menambah pekerja.

“Apabila sudah menambah pekerja, produktiviti dan hasil pendapatan juga telah berganda.

“Saya berharap pada masa akan datang akan ada lebih banyak dana bantuan untuk usahawan kecil mengembangkan perniagaan mereka.

“Bantuan seperti TUNS PLUS ini amat diperlukan oleh usahawan kecil,” ujar beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button