Berita
Billboard LED di Dewan Arena Tampin
TAMPIN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun merasmikan Billboard LED di Dewan Arena Tampin.
Aminuddin berkata, Billboard LED ini adalah salah satu inisiatif Kerajaan Negeri dalam Belanjawan Negeri Sembilan 2021 bagi Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Negeri Sembilan.
“Billboard ini mempunyai keupayaan untuk memainkan video beresolusi 4K serta mempunyai sistem audio yang canggih.
“Pembinaan Billboard ini siap sepenuhnya pada November 2021.
“Sebuah bilik bagi menempatkan peralatan kawalan sistem siaraya turut dibina di dewan tersebut.
“Semoga Billboard LED ini dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk masyarakat setempat,” kata Aminuddin.
Foto: Nabil Syafiq