Berita

Biskut Raya SMK Seremban Jaya dapat tempahan dari Cha

RASAH: Kemahiran pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seremban Jaya yang membuat dan menjual Biskut Raya, mendapat perhatian Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin.

Justeru itu, Cha bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah mengadakan lawatan ke bengkel Koperasi SMK Seremban Jaya.

Cha berkata, lawatan tersebut bertujuan meninjau sendiri proses penyediaan biskut yang telah ditempah dan yang akan dibeli oleh beliau.

“Biskut ini akan dibeli dan diagihkan kepada penduduk yang kurang berkemampuan sebagai sumbangan sempena sambutan Hari Raya yang bakal menjelang.

“Usaha ini bagi memberi peluang kepada pihak sekolah untuk mendapatkan keuntungan yang akan memberi manfaat kepada koperasi sekolah, hasil daripada jualan tersebut,” katanya.

Cha berkata, pelajar boleh memanfaatkan kemahiran membuat biskut ini untuk tujuan yang berfaedah pada satu hari nanti.

“Sebahagian besar kerja-kerja penyediaan biskut ini melibatkan pelajar sekolah dan pelajar pendidikan khas.

“Saya berharap lebih banyak sekolah mencontohi inisiatif Koperasi SMK Seremban Jaya,” ujar Cha lagi.

Turut hadir, Pengetua SMK Seremban Jaya, Encik Mokhtar Husin.

Show More

Related Articles

Back to top button