RAMADHAN: Guru Takmir di Negeri Sembilan menyifatkan kenaikan elaun daripada RM900 kepada RM950 sebulan merupakan satu perkara yang cukup berharga.
Ahmad Azhari Talib, 58, dari Seremban yang berkhidmat sebagai Guru Takmir selama lapan tahun menyifatkan kenaikan elaun RM50 sebulan sebagai satu pengiktirafan kepada Guru Takmir.
“Kenaikan RM50 ini menjadikan elaun Guru Takmir RM950 sebulan.
“Ini satu perkara yang cukup berharga dan cukup besar kepada kami.
“Kenaikan ini juga satu penghargaan dan pengiktirafan kepada Guru Takmir daripada Kerajaan Negeri.
“Mudah-mudahan sumbangan ini memberi impak yang besar kepada rakyat Negeri Sembilan,” kata Ahmad Azhari.
Ahmad Azhari berkata, bagi pihak Guru Takmir beliau merakamkan penghargaan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.
“Setinggi-tinggi penghargaan kepada Dato’ Seri Aminuddin (Tok Min) di atas sumbangan ini.
“Mudah-mudahan Allah beri kebaikan kepada Tok Min dan kepimpinan beliau, di masa ini dan di masa-masa akan datang,” ujar Ahmad Azhari lagi.