BeritaMenarik

Negeri Kita anjur kursus asas media

SEREMBAN: Seramai 39 pegawai media mewakili 31 DUN dan lapan parlimen telah menghadiri kursus asas media yang dianjurkan oleh Negeri Kita di Palm Mall Hotel.

Setiausaha Akhbar Kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Encik Ahmad Shahir Mohd Shah berkata, kursus ini diadakan bagi memberi penerangan kepada pegawai media kepada wakil rakyat berhubung halatuju media Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan.

Setiausaha Politik Kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Encik Nor Azman Mohamad pula berkata, pegawai media perlu memanfaatkan media sosial agar maklumat tentang segala usaha yang dilakukan oleh wakil rakyat sampai kepada rakyat.

Sementara itu, Editor portal Negeri Kita dan akhbar Nogori Kito, Encik Faiz Abdullah telah mengendalikan kursus asas pelaporan berita dan fotografi kepada peserta kursus.

Show More

Related Articles

Back to top button