Berita

Veerapan galak penggunaan teknologi terkini dalam urusan koperasi

SEREMBAN: Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, Veerapan Superamaniam telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Negeri (MPKN) Bil. 1/2025 di Bilik Mesyuarat, Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan, Bangunan White House.

Mesyuarat MPKN ini telah menyentuh beberapa isu dan permasalahan gerakan koperasi di Negeri Sembilan.

Veerapan berkata, pembentangan dalam mesyuarat ini meliputi laporan Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Sembilan berhubung Lanskap Gerakan Koperasi Negeri Sembilan iaitu data statistik koperasi Negeri Sembilan sehingga 31 Disember 2024 dan Geran Bantuan Pembangunan, pembiayaan Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (TMP-SKM) dan Prestasi Permohonan Geran Bantuan Pembangunan dan Pembiayaan TMP-SKM pada tahun 2024.

“Selain pembentangan, terdapat sesi pembentangan daripada Koperasi Pembangunan Daerah Seremban Berhad, Koperasi Usahawan Groom Big Negeri Sembilan Berhad dan Koperasi Homestay Lonek Jempol Berhad.

“Turut dibincang peluang perniagaan di dalam sektor tananam nenas oleh Koperasi Pembangunan Daerah Seremban Berhad,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Veerapan tambah, Koperasi Groom Big Negeri Sembilan membawa isu penubuhan pusat pengedaran pertama oleh koperasi di negeri ini.

“Koperasi ini juga mencadangkan agar produk Koperasi Groom Big dijadikan produk NS Choice bagi membantu perkembangan produk IKS di negeri ini.

“Tambahan lagi, koperasi Homestay Lonek Jempol Berhad membawa isu koperasi pelancongan termasuk isu geran pelancongan dari Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) hanya diberikan kepada tanah milik Kerajaan dan bukan kepada koperasi.

“Jabatan Pendidikan Negeri juga memaklumkan satu surat arahan pematuhan Seksyen 39 & 60 Akta Koperasi telah dikeluarkan kepada koperasi-koperasi sekolah yang tidak mematuhinya,” kata Veerapan.

Sebagai pengerusi MPKN Negeri, Veerapan menyuarakan hasrat agar penggunaan teknologi terkini di dalam urusan koperasi dan penyertaan golongan belia perlu dalam sektor koperasi serta mengutarakan agar koperasi E- Sport ditubuhkan bagi menarik minat golongan belia pada masa ini.

Show More

Related Articles

Back to top button