BeritaProgram

Bungkus kereta ‘ikat mati’, elak dimasuki air banjir

SEREMBAN: Mungkin ramai yang tidak tahu, kini kereta juga boleh dibungkus dengan plastik dan ‘diikat mati’; sama seperti membungkus air minuman di restoran.

Kini tular di media sosial, foto beberapa kereta di Malaysia yang dibungkus dengan plastik dan ‘diikat mati’ bagi mengelakkan dimasuki air banjir.

Pencarian https://negerikita.org mendapati sememangnya plastik saiz besar yang direka khusus untuk melindungi kereta dari dimasuki air banjir, dijual di platform jualan online Shopee.

Plastik pelindung kereta kalis air (Car raincoat) itu dijual dengan harga serendah RM276.28 sehingga mencecah RM684.69 bagi satu set, bergantung kepada saiz dan kualiti (ketebalan plastik).

Komen netizen di Facebook rata-rata berpendapat walaupun produk ini tidak akan berkesan sekiranya arus deras, tetapi sekurang-kurangnya masih mampu melindungi kereta daripada dimasuki air sekiranya kereta tenggelam dalam banjir.

Berikut komen terpilih di Facebook Kelab Pencinta Kucing Malaysia:

Ross Reen: Kita ikhtiar. Cuba buat sesuatu untuk hadapi situasi yang tidak diduga. Selebihnya, bertawakal dan berdoa pada Allah banyak-banyak. Sekurang-kurangnya dia dah cuba balut dari tiada apa-apa.

Adib Abdullah: Tak kisah lah air deras ke air renyai, air teh tarik mamak ke, asalkan ada usaha. Kalau tak balut konfirm masuk.

Farissya Aff: Sayang harta dunia? At least mencuba, siapa tahu itu lah hasil dari penat lelah dia, itulah kenderaan yang dia bawa pergi kerja, masjid, ambil anak apa semua. Apa benda lah korang ini.

Syed Mohamad Quyyum Hakim: Betul lah harga macam itu, dari harga kereta rosak habis dalam 3 atau 4 ribu bang. Hahaha mahu mana pilih bang, pilihan di tangan anda semua. Hehe..

Putri Scooter: At least boleh selamatkan kereta dari tenggelam terus. Harga tak ada lah semahal bila nak repair kereta nanti akibat banjir. Semoga urusan dipermudahkan.

Nurhelmah Emma: Tenggelam sahaja mungkin selamat dari air masuk dibandingkan langsung tak ada benda ini. Tapi air deras cover ni memang tak ada makna.

 

Kredit Foto: Kelab Pencinta Kucing Malaysia

 

Show More

Related Articles

Back to top button