Berita

Cabutan Bertuah galak penduduk bayar cukai tanah

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan telah memperkenalkan Cabutan Bertuah Kempen Jom Bayar Cukai Tanah Tahun 2021 Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Seremban.

Menteri Besarnya, YAB Dato’ Aminuddin Harun berkata, kempen ini adalah salah satu usaha Kerajaan Negeri serta PDT Seremban bagi menghargai pembayar cukai yang menjalankan tanggungjawab mereka dan dalam masa yang sama menggalakkan pembayar cukai untuk konsisten membayar cukai.

“Saya difahamkan bahawa kempen ini berjaya memberikan impak positif.

“PDT Seremban mendapati bahawa terdapat peningkatan jumlah pembayar cukai berbanding tahun lepas.

“Kempen ini terbuka kepada pembayar cukai individu yang membuat bayaran cukai sebelum atau pada 31 Mei 2021,” kata beliau.

Aminuddin berkata, daerah Seremban diberi peruntukan hadiah paling banyak iaitu sebanyak 206 buah hadiah memandangkan daerah ini mempunyai hakmilik yang paling banyak di negeri ini iaitu sebanyak 305,716 hakmilik tanah berbanding jumlah keseluruhan hakmilik tanah di negeri ini iaitu sebanyak 600,000 hakmilik.

“Cabutan undi telah dilaksanakan pada 3 November lalu secara Facebook Live dan sebanyak 206 hadiah telah diundi.

“Tahniah saya ucapkan kepada para pemenang. Semoga kempen seperti ini diteruskan bagi menggalakkan lebih ramai pembayar cukai untuk tampil menunaikan tanggungjawab,” ujarnya.

Hadiah Cabutan Bertuah yang ditawarkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Seremban bagi kempen ini adalah seperti berikut:

Bil. Hadiah Bilangan
1. Motorsikal Modenas Kriss  2
2. Televisyen berukuran 40”  8
3. Televisyen berukuran 38” 10
4. Basikal  5
5. Tablet Samsung 10
6. Smartphone  6
7. Kepingan Emas 25
8. Air-fryer 20
9 Microwave Oven 20
10. Vacuum Cleaner 20
11. Rice Cooker 20
12. Blender 20
13. Kipas Berdiri 20
14. Baucer Tunai 20
JUMLAH 206

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button