Berita

Cadangan pembinaan krematorium di Tampin: Veerapan

REPAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah, YB Veerapan Superamaniam telah mengemukakan cadangan pembinaan krematorium moden di Tanah Perkuburan Repah, Tampin.

Veerapan berkata, tempat pembakaran mayat yang sedia ada adalah secara tradisional tidak lagi sesuai pada masa akan datang.

“Pembinaan dan pemasangan mesin krematorium ini adalah sangat penting kerana tanah perkuburan India di daerah Tampin tiada fasiliti mesin krematorium.

“Projek ini akan memenuhi keperluan penduduk kaum India dan Sikh.

“Sekiranya berlaku kematian, keluarga mendiang terpaksa membawa mayat ke krematorium di Melaka atau Seremban,” jelas Veerapan.

Veerapan yang juga Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan berkata, semasa pandemik Covid-19 kadar kematian meningkat dan keperluan untuk mesin krematorium adalah sangat terdesak.

Sementara itu, Veerapan berkata pagar di Tanah Perkuburan India Repah telah dinaik taraf.

Show More

Related Articles

Back to top button