Menarik
Cha santuni rakyat Rasah
RASAH: Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin telah menyantuni penduduk Rasah di Pejabat Parlimen Rasah.
Cha berkata, bertemu penduduk bagi mendengar sebarang permasalahan merupakan salah satu tugas hakiki sebagai seorang wakil rakyat.
“Mendengar kemudian memberi bantuan kepada mereka juga merupakan satu kewajipan.
“Walaupun sibuk dengan pelbagai urusan lain, saya tetap perlu meluangkan masa bagi bertemu dengan mereka,” kata Cha.