Berita
Negeri Sembilan berjaya lepasi sasaran pelaburan RM7 billion
SEREMBAN: Negeri Sembilan berjaya melepasi sasaran pelaburan sebanyak RM7 billion pada tahun ini.
Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Abd Malek berkata, peningkatan pelaburan ini akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri ini.
“Dalam masa sama, pendapatan Kerajaan Negeri juga akan turut meningkat.
“Insya Allah, kita akan berjaya mendapat jumlah pelaburan yang lebih besar sebelum tahun ini berakhir.
“Segala usaha telah dirangka dan sedang dilakukan bagi merealisasikan hasrat,” kata Mohamad Rafie di Mesyuarat Penyelarasan Agensi Pelaburan.