Berita

Surau Kg Dusun Nyior terima RM1,000 daripada Rafie

AMPANGAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, Dato’ Dr.Mohamad Rafie Ab Malek telah memberikan sumbangan kewangan sebanyak RM1,000 kepada surau Kampung Dusun Nyior.

Mohamad Rafie berkata, sumbangan tersebut bagi membantu pengurusan pihak surau.

“Dalam masa sama, saya turut memberikan RM300 bagi tujuan moreh dan lima kit pengurusan jenazah.

“Saya juga berpesan kepada jemaah yang hadir agar sentiasa berusaha meningkatkan ilmu Al-Quran.

“Hal ini kerana, Al-Quran adalah khazanah ilmu yang paling utama yang perlu kita fahami.

“Nilai yang terdapat di dalamnya juga perlu dilakukan dalam kehidupan seharian kita,” kata Mohamad Rafie.

Show More

Related Articles

Back to top button