Berita

Aminuddin saran kurang aktiviti luar ketika jerebu

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menyarankan supaya mengurangkan aktiviti di luar ketika musim jerebu.

“Walaupun Indeks Pencemaran Udara (IPU) masih terkawal kita tetap perlu berjaga-jaga.

“Saya menasihati masyarakat supaya mengurangkan aktiviti di luar yang lama.

“Lebih-lebih lagi mereka yang mempunya masalah pernafasan seperti asma.

“Selain itu, orang ramai juga dinasihatkan kerap meminum air mineral dan menjaga kesihatan mereka.

“Di pihak Kerajaan Negeri, kami akan sentiasa memantau keadaan dari semasa ke semasa untuk melihat tindakan atau arahan yang perlu dilakukan sewaktu musim jerebu ini,” ujar Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button