Berita

Cha sumbang RM25,000 kepada SMK Seremban Jaya

RASAH: Ahli Parlimen Rasah menyumbang RM25,000 kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seremban Jaya 2.

Cha menyerahkan cek peruntukan Ahli Parlimen Rasah yang bernilai RM7,000 kepada Pengetua sekolah.

“Saya juga mengumumkan peruntukan (Projek Mesra Rakyat) sebanyak RM18,000 untuk membekalkan meja dan kerusi pelajar.

“Tahniah kepada kesemua pelajar yang berjaya menamatkan pendidikan sekolah menengah selama lima tahun.

“Semoga mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM yang bakal menjelang pada bulan Februari.

“Terima kasih kepada pihak sekolah yang menganjurkan majlis yang amat bermakna ini,” kata Cha.

Cha berkata demikian di Majlis Perasmian Graduasi SPM SMK Seremban Jaya 2, di Casa Lagenda.

Show More

Related Articles

Back to top button