Berita

Cha tunai janji kepada SK Wawasan Seremban 2

RASAH: Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin, telah menunaikan janji beliau untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru Sekolah Kebangsaan Wawasan Seremban 2.

Cha berkata, peruntukan sebanyak RM40,000 telah diberikan bagi menyelesaikan masalah sistem penghawa dingin di bilik guru sekolah tersebut.

“Peruntukan ini juga membolehkan sekolah ini memasang 12 unit penghawa dingin baru berserta pendawaian dan ini termasuk lima unit di bilik guru utama serta dua unit di bilik guru kedua.

“Pemasangan telah dilakukan waktu cuti sekolah ini.

“Apabila bermula semula sesi persekolahan, guru-guru boleh membawa pulang kipas meja ke rumah mereka semula.

“Saya sentiasa berpendirian bahawa kemudahan asas dibekalkan ke sekolah, agar kebajikan dan kepentingan guru sentiasa terpelihara.

“Semoga kemudahan baru ini akan memberikan semangat kepada semua warga sekolah ini khususnya guru,” kata Cha.

Show More

Related Articles

Back to top button