Berita

Pendapatan Negeri Roadstone melonjak kepada RM174.4 juta

SEREMBAN: Pendapatan anak syarikat Kerajaan Negeri, Negeri Roadstone Sdn Bhd telah melonjak kepada RM174.4 juta berbanding RM103.2 juta pada tahun 2021.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, keuntungan bersih yang dicatatkan selepas membayar cukai adalah sebanyak RM16.9 juta.

“Ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan.

“Negeri Roadstone juga turut menyerahkan ‘mock cheque’ sebanyak RM3.5 juta bagi sewaan pajakan tanah yang berdasarkan 15 peratus daripada keuntungan bersih sebelum cukai bagi tahun lalu.

“Dalam pada itu, Kerajaan Negeri turut menerima dividen daripada Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) sebanyak RM4 juta.

“Dividien yang diterima ini merupakan dividen tertinggi yang pernah diperoleh Kerajaan Negeri,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button