Berita

Tiga sekolah terima sumbangan kewangan daripada Aminuddin

SEREMBAN: Sebanyak tiga buah sekolah telah menerima sumbangan kewangan daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

Aminuddin berkata, tiga buah sekolah tersebut adalah Sekolah Kebangsaan Taman Warisan Puteri, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh Ahmad dan Sekolah Menengah Kebangsaan Warisan Puteri.

“Sumbangan tersebut bertujuan membantu pihak sekolah menjalankan aktiviti pelajar.

“Di samping membantu dalam pembangunan di sekolah mereka.

“Saya berharap agar sumbangan ini dapat membantu murid-murid lebih selesa dalam mencapai kejayaan,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button