BeritaMenarikProgram

Jelebu 2 Wheels Festival 2023

• Jelebu 2 Wheels Festival 2023 yang akan diadakan pada 30 September 2023 Sabtu ini merupakan penganjuran kali ke-2 di Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan yang berkonsepkan festival kenderaan dua roda melibatkan basikal, motosikal biasa dan motosikal berkuasa tinggi dengan jangkaan 5,000 kehadiran peserta bermotor daripada 154 kelab motosikal.

• Penganjuran pertama pada 2019 adalah selama dua hari dengan anggaran pengunjung sekitar 8,000 orang. Namun penganjuran pada kali ini walaupun dilaksanakan sehari sahaja, dilihat mampu menarik minat pengunjung dengan jumlah yang sama iaitu 8,000 orang dengan dipenuhi pengisian pelbagai acara.

Selain menghimpunkan peminat motorsikal dan basikal dari dalam dan luar Negeri Sembilan, juga terdapat penganjuran “Jelebu Fun Explore Ride 2023” dengan tawaran hadiah dan caburan bertuah yang lumayan disediakan. Selain itu terdapat juga Persembahan Artis, Persembahan Pentas, Cabutan Bertuah, Aktiviti Konvoi 500 Buah Motosikal ke sekitar Jelebu, Autoshow Motor, Demo Perlumbaan Minibike, Demo Perlumbaan Motor Cub Prix, Pencarian Bakat Pelumba Motor, Kempen Keselamatan dan 50 gerai jualan dan pameran, yang tersedia dari pelbagai jenis dan kategori seperti penjaja makanan tempatan, food truck, car boot, vendor alat ganti motorsikal, kuanter bergerak JPJ dengan pelbagai perkhidmatan seperti semakan saman, pembayaran saman dan tukar hak milik kenderaan, juga terdapat jualan pakej pelancongan yang disertai oleh travel agent dan juga produk pelancongan tempatan yang menyediakan pakej-pakej percutian menarik di Negeri Sembilan.

• Pihak pelancongan daerah juga akan membina satu laluan “Food Trail-Bikers” bersama kumpulan motosikal yang hadir dan akan dijadikan satu peta risalah bagi rujukan atau panduan khusus kepada golongan pelancong bermotosikal yang gemar dengan aktiviti berkonvoi.

• Struktur geografi daerah Jelebu mampu menjadikan Kuala Klawang sebagai laluan permotoran dan aktiviti berbasikal terkemuka di Negeri Sembilan, yang mampu mempromosikan Jelebu sebagai salah satu destinasi pelancongan terpilih melalui penganjuran acara 2 wheel tourism ini. Oleh yang demikian penganjuran acara dan insiatif penjualan pakej pelancongan daripada travel agent dan produk pelancongan Negeri Sembilan mampu miningkatkan kadar inapan di hotel, homestay dan premis penginapan di daerah Jelebu.

• Impak penganjuran acara ini dilihat dapat meningkatkan lagi ‘level of noise’ didalam industri pelancongan Negeri Sembilan sekali gus melonjakkan momentum penganjuran acara pelancongan Negeri Sembilan. Juga diharap dapat mewujudkan peluang perniagaan kepada masyarakat secara langsung dan tidak langsung dan yang paling peting produk-produk pelancongan di daerah Jelebu melalui segmen Eko-Pelancongan dapat dipromosikan.

Sekian.

YB Nicole Tan Lee Koon
Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sembilan

Show More

Related Articles

Back to top button