Berita

DAP hormati institusi DiRaja

SEREMBAN: Democratic Action Party (DAP) menghormati institusi Raja-Raja melayu.

Setiausaha Agung DAP, YB Anthony Loke Siew Fook berkata, hal ini adalah kerana Agong dan Raja merupakan ketua kepada negara dan negeri.

“Dalam masa sama, kita juga tidak mengambil sebarang dasar untuk melawan raja-raja melayu.

“Walau bagaiamanapun sesetengah pihak menyatakan bahawa prinsip kita menolak daripada menerima darjah kebesaran adalah perbuatan derhaka kepada raja.

“Hal ini sama sekali tidak benar, ini kerana dasar kami (DAP) tidak menerima darjah kebesaran selagi mereka masih bergelar sebagai wakil rakyat.

“Apabila mereka sudah bersara, kemudian barulah kita akan cadangkan nama mereka untuk menerima darjah kebesaran tersebut.

“Namun begitu, ianya terpulang sama ada cadangan tersebut diterima ataupun tidak.

“Saya berharap agar tiada pihak yang menyalah tafsirkan kononnya kita melawan Tuanku dengan tidak menerima darjah kebesaran tersebut.

“Saya sendiri amat menjunjung kasih Agong dan Raja terutamanya Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir,” kata Loke.

Loke berkata demikian di sidang media Konvensyen DAP Negeri Sembilan di Royale Chulan.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button