Delegasi dari India lawat DUN Negeri Sembilan
SEREMBAN: Lawatan India-Malaysia Youth Exchange and Study Programme telah diadakan pada 12 Disember 2022 di Wisma Negeri, anjuran Dewan Undangan Negeri Sembilan.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, YB Dato Ravi Munusamy berkata, lawatan ini adalah sempena sambutan hubungan 65 tahun India dan Malaysia.
“Sesi ini adalah untuk memberi kefahaman kepada mereka tentang sistem perundangan Malaysia dan juga tentang demokrasi politik di Malaysia khususnya di Negeri Sembilan.
“Delegasi tersebut terdiri daripada 42 orang dari India,” katanya.
Turut hadir Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Sembilan, YB Dato’ Zulkefly Mohamad Omar; Exco Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam, YB Arul Kumar Jambunathan; ADUN Seremban Jaya, YB Gunasekaren dan Setiausaha Bahagian DUN Negeri Sembilan, Encik Amin Ludin.