BeritaMenarikProgram

Dewan Undangan Negeri mengutuk tindakan apartheid rejim zionis

SEREMBAN: Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan meluluskan usul yang dikemukakan oleh Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun (Sikamat-PH) untuk menolak dan mengutuk tindakan apartheid rejim zionis terhadap Palestin.

Aminuddin berkata, seluruh dunia pada ketika ini sangat terkesan dengan tindakan yang dilakukan Israel.

“Oleh itu, saya menyeru Dewan Yang Mulia ini untuk menolak tindakan kejam ini.

“Saya juga memohon untuk tindakan segera bagi menyelesaikan isu ini.

“Hal ini kerana semua pihak perlu menghormati hak Palestin di atas muka bumi ini.

“Oleh hal yang demikian kita akan menubuhkan Tabung Amanah Negeri Sembilan yang bertujuan untuk memudahkan sesiapa sahaja yang ingin menyumbangkan dana kepada Palestin,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian ketika mengusulkan usul tergempar di Persidangan Dewan Undangan Negeri dan mendapatkan kelulusan sebulat suara.

Show More

Related Articles

Back to top button