Berita
Dua ibu tunggal terima sumbangan kewangan daripada Latif
GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi telah memberi sumbangan kewangan kepada Puan Zainon Amaluddin dan Puan Halimah Sabtu di Felda Bukit Jalor.
Abd Latif berkata, dua penerima tersebut merupakan ibu tunggal.
“Puan Zainon mempunyai dua orang anak, manakala Puan Halimah telah kehilangan suaminya hampir 13 tahun.
“Oleh itu sumbangan ini diberikan di bawah Inisiatif Care For You (C4U) yang dibentangkan dalam Belanjawan Negeri Sembilan 2019.
“Semoga bantuan ini dapat membantu meringankan beban kewangan dan keperluan sara hidup mereka,” kata Abd Latif.