Berita

Kerajaan Negeri kaji kebolehlaksanaan pembangunan Bandar Baru Sri Palong 4, 5 & 6

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan akan mengkaji kebolehlaksanaan pembangunan Bandar Baru Sri Palong 4, 5 & 6 yang berlaku pencerobohan dan bangunan yang dibina tanpa perancangan serta kelulusan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, oleh itu sejumlah bajet telah diperuntukkan bagi melihat beberapa faktor seperti keselamatan, keperluan pembangunan bandar yang selamat dan memenuhi keperluan penduduk setempat.

“Pihak ketiga iaitu juruperunding turut dilantik bagi menjalankan kajian supaya hasil kajian tersebut memberi gambaran yang bebas dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak berkepentingan.

“Hasil kajian ini juga dapat membantu Kerajaan Negeri dalam merancang pembangunan akan datang di kawasan berkenaan bagi memastikan guna tanah dalam kawasan kajian lebih terancang, Insya Allah,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button