Berita

Dua penggal sebagai pembangkang ajar erti kesusahan rakyat: AMINUDDIN

SIKAMAT: Menjadi wakil rakyat di DUN Sikamat selama dua penggal sebagai pembangkang mengajar erti kesusahan rakyat.

Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, selama dua penggal tersebut pengundi telah mengajar erti pengorbanan, kasih sayang dan kesusahan.

“Pengalaman tersebut amat bermakna bagi menjadikan saya lebih sabar dan ikhlas dalam perjuangan.

“Oleh itu, apabila menjadi kerajaan kami tahu bagaimana kesusahan yang dihadapi rakyat.

“Setiap ceruk di Negeri Sembilan ini dilawati biarpun kawasan tersebut tidak dimenangi oleh Pakatan Harapan.

“Alhamdulillah hikmah kepada perkara tersebut Allah jadikan Kerajaan Perpaduan ini bagi mentadbir negeri ini dengan lebih baik.

“Saya yakin dengan pengalaman Barisan Nasional memerintah negeri ini digandingkan bersama Pakatan Harapan akan lebih maju dan kehadapan,” kata Aminuddin.

Aminuddin turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyokong yang hadir walaupun hujan.

“Terima kasih kepada penyokong yang tetap bersama kami walaupun keadaan masih hujan.

“Kehadiran seperti ini menunjukkan semangat bahawa gendang Pilihan Raya sudah bermula,” ujarnya.

Show More

Related Articles

Back to top button