BeritaMenarik

RM8.9 bilion: Pelaburan tertinggi dalam sejarah

AMPANGAN: Exco Pelaburan, Perindustrian dan Keusahawanan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Abd Malek berkata, Negeri Sembilan mencatatkan jumlah pelaburan tertingi dalam sejarah apabila mencatatkan pelaburan sebanyak RM8.9 bilion pada tahun lalu.

“Jumlah pelaburan yang hanya sekitar RM1 bilion setahun sebelum tahun 2018 telah terus melonjak naik dan telah mencipta pencapaian tertinggi dalam sejarah iaitu sebanyak RM8.9 bilion untuk tahun 2022,” katanya.

Mohamad Rafie yang juga Exco Pendidikan dan Modal Insan berkata, pencapaian Negeri Sembilan dalam bidang pendidikan juga amat memberangsangkan.

“Sebagai Exco pendidikan, saya telah menjalankan pelbagai usaha untuk meningkatkan mutu pendidikan.

“Untuk prestasi keputusan peperiksaan SPM, Negeri Sembilan untuk tujuh tahun berturut-turut telah mencapai negeri terbaik di Malaysia.

“Kita juga telah memperkenalkan Program ‘Fast Track SPM’ untuk pelajar lepasan tahfiz.

“Prestasi terbaru untuk keputusan SPM 2022 yang diumumkan baru-baru ini, kesemua 50 pelajar tahfiz yang mengambil SPM lulus dan layak mendapat sijil.

“Seramai lima pelajar telah mendapat 8A manakala tiga pelajar lagi mendapat 7A,” ujar Mohamad Rafie lagi.

Mohamad Rafie berkata demikian dalam satu kenyataan media bagi mengulas pencapaian beliau sebagai Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan sepanjang penggal lima tahun yang lalu.

Show More

Related Articles

Back to top button