Menarik
Dua pesakit strok terima sumbangan kewangan dari Aishah
GEMAS: Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti Aishah Seman@Othman telah memberi sumbangan kewangan kepada Encik Awaludin Padin dan Encik Muhamed Liman di Felda Jelai 3.
Siti Aishah berkata, kedua-duanya merupakan pesakit strok dan hanya terlantar di atas katil.
“Sumbangan kewangan telah saya berikan bagi mengurangkan perbelanjaan mereka.
“Waris mereka turut mengucapkan terima kasih di atas sumbangan tersebut.
“Semoga kedua-dua mereka sihat seperti sedia kala,” kata Siti Aishah.