Berita
DUN Gemas hantar misi bantuan banjir ke Terengganu
GEMAS: Pejabat Penyelaras DUN Gemas telah menghantar misi bantuan kepada mangsa banjir di Setiu, Terengganu.
Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti Aishah Othman@Seman berkata, konvoi terdiri daripada dua buah kenderaan pacuan empat roda dan disertai oleh tujuh orang anggota sukarelawan.
“Sumbangan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) berupa bantuan kewangan.
“Manakala NGO dan beberapa individu menyumbang barangan berupa pek makanan ‘ready to eat’ dan keperluan asas.
“Pengerusi MPKK Kampung Bukit Masjid, Encik Misparianto Sugiman menyumbang bantal dan tilam toto.
“Terima kasih kepada semua penyumbang. Semoga bantuan daripada DUN Gemas ini, serba sedikit dapat membantu mangsa banjir,” kata Siti Aishah.