Berita

DUN Negeri Sembilan tidak bubar serentak dengan parlimen

SEREMBAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan berkemungkinan tidak akan dibubar serentak dengan pembubaran parlimen.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, beliau akan berbincang terlebih dahulu dengan Menteri Besar Selangor dan Ketua Menteri Pulau Pinang untuk membubarkan DUN secara berasingan.

“Negeri-negeri di bawah Pakatan Harapan (Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang) mungkin membubarkan DUN secara berasingan dengan parlimen.

“Namun, kita serahkan kepada Majlis Presiden untuk menentukan (keputusan akhir) pembubaran DUN secara berasingan atau serentak dengan parlimen.

“Walaubagaimanapun jentera pilihan raya Pakatan Harapan Negeri Sembilan bersedia menghadapi pilihan raya untuk peringkat parlimen sekiranya parlimen dibubarkan dalam masa terdekat,” kata beliau.

Menurut Aminuddin, musim tengkujuh bukanlah masa yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya.

“Fokus ketika ini seharusnya utamakan rakyat memandangkan kita sedang menghampiri musim banjir dan ada kawasan yang telah pun dilanda banjir kilat walaupun ia hanya membabitkan beberapa buah rumah.

“Ini satu amaran dan sekarang pun hujan lebat,” ujar Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button