Berita
Duta Turkiye pula kunjungi Aminuddin
SEREMBAN: Giliran Duta Besar Turkiye, H.E. Salim Yüksel pula kunjungi Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.
Aminuddin berkata, pertemuan tersebut membincangkan potensi syarikat Turkiye melabur di Negeri Sembilan.
“Negeri Sembilan sentiasa mengalu-alukan pelaburan daripada dalam dan luar negara.
“Hal ini kerana kami yakin dengan kemudahan dan infrastruktur yang ditawarkan buat para pelabur.
“Semoga kunjungan ini membuahkan hasil dan seterusnya menjadikan meletakkan Negeri Sembilan sebagai salah satu destinasi pelaburan daripada syarikat dari negara tersebut, Insya-Allah,” kata Aminuddin.