Berita

Elaun guru KAFA, bilal dan siak dinaikkan

EKSKLUSIF: Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) sangat mengambil berat tentang peranan institusi agama Islam di negeri ini.

Ini termasuklah bidang pendidikan Agama Islam dan institusi masjid yang merupakan teras kepada pembangunan Islam.

Justeru, Negeri Kita telah mengadakan wawancara eksklusif dengan Pengarah JHEAINS, Dato’ Mohd Zaidi Ramli bagi mengupas apakah pembaharuan yang telah dilakukan sepanjang empat tahun pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan.

Mohd Zaidi berkata, Elaun Guru KAFA telah dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM1,050 untuk 2,097 Guru KAFA dan kenaikan RM50 ini membabitkan peruntukan RM1.3 juta.

Guru Besar sekolah yang menjalankan Kelas Agama Petang (KAP) dibayar elaun tanggungjawab sebanyak RM100 bersamaan 50% dari Elaun Tanggungjawab Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Elaun Bilal daripada RM200 dinaikkan kepada RM500. Elaun Siak daripada RM200 dinaikkan kepada RM450.

“Elaun Pembantu Am Wanita daripada RM150 dinaikkan kepada RM400,” jelas Mohd Zaidi.

Show More

Related Articles

Back to top button