Berita

Arul beri sumbangan kewangan kepada Kuil Arulmigu Mariamman Pusat Bandar Palong 4, 5 dan 6

PALONG: Exco Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam, YB J.Arul Kumar telah memberi sumbangan kewangan kepada Kuil Arulmigu Mariamman Pusat Bandar Palong 4, 5 dan 6.

Arul Kumar berkata, sumbangan tersebut bagi membantu pihak kuil melakukan aktiviti keagamaan.

“Semoga sumbangan ini dapat mengurangkan kos pengurusan kuil,” kata Arul Kumar.

Sementara itu, Pegawai Khas Hal Ehwal Bukan Islam Pejabat Penyelaras DUN Palong, Puan Nirmala Mathevan  yang mewakili Penyelaras DUN Palong, Tuan Rebin Birham mengucapkan terima kasih kepada Arul Kumar dan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan di atas sumbangan kewangan ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren dan Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu.

Show More

Related Articles

Back to top button