Berita

Enam buah sekolah terima sumbangan kewangan dari Aminuddin

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah memberi sumbangan kewangan kepada enam buah sekolah di negeri ini.

Aminuddin berkata, sumbangan tersebut adalah bertujuan membantu pihak sekolah melaksanakan program pembangunan pelajar atau penambahbaikan infrastruktur.

“Semoga sumbangan yang disalurkan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh pihak sekolah terutamanya untuk kepentingan para pelajar di sekolah,” kata Aminuddin.

Berikut merupakan sekolah yang menerima sumbangan tersebut:

i. Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Abdul Samad.

ii. Sekolah Menengah Kebangsaan Warisan Puteri.

iii. Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rokan.

iv. Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Durah.

v. Sekolah Menengah Kebangsaan Za’ba.

vi. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button