Aktiviti

Enam pelajar IPT terima bantuan kewangan dari Shahran

SERI MENANTI: Seramai enam pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) telah menerima Insentif Kecemerlangan Institut Pengajian Tinggi dari Penyelaras DUN Seri Menanti, Tuan Shahran Kaat.

Enam pelajar IPT dari DUN Seri Menanti ini merupakan pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan.

“Insentif Kecemerlangan IPT merupakan satu inisitiaf Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan untuk membantu golongan pelajar dari keluarga kurang berkemampuan.

“Apabila menyambung pengajian, pelajar pasti memerlukan sumber kewangan untuk perbelanjaan awal pengajian.

“Justeru, bantuan kewangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban kewangan pelajar di IPT,” kata Shahran.

Melalui Insentif Kecemerlangan IPT tersebut, pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah menerima RM1,000; Diploma RM750 dan Sijil RM500.

Show More

Related Articles

Back to top button