Fast Track SPM Tahfiz bukti Kerajaan Negeri martabat pendidikan Islam
SEREMBAN: Program Fast Track SPM Tahfiz menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri turut memartabatkan pendidikan Islam di negeri ini.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Program Fast Track Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ini merupakan yang pertama dilaksanakan di negeri ini.
“Program ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar tahfiz untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi seperti pelajar lain.
“Pada tahun pertama inisiatif ini diwujudkan, seluruh pelajar yang mengikuti program ini layak mendapat SPM.
“Ada pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang iaitu 7A.
“Besar harapan saya agar usaha yang murni ini dapat membuahkan hasil dan melahirkan pelajar yang berjaya dalam bidang agama dan akademik yang mampu menerajui pimpinan negara pada masa hadapan, Insya Allah,” kata Aminuddin.