Berita

F&N bangunkan ladang tenusu integrasi bernilai RM1 bilion di Gemas

GEMAS: Syarikat Fraser and Neave Holdings Berhad (F&N) akan membangunkan ladang tenusu integrasi mereka di Gemas.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, projek tersebut bernilai melebihi RM1 billion dan akan dibangunkan secara berfasa.

“Projek itu akan dibangunkan di sebuah ladang Gemas yang berkeluasan sebanyak 2,726 hektar.

“Apabila siap dibangunkan pada 2027, ia dijangka mewujudkan 500 peluang pekerjaan baharu dan peluang perniagaan agro untuk komuniti tempatan.

“Dengan meningkatnya peluang pekerjaan, secara tidak langsung dapat memacu pertumbuhan sektor tenusu dan pertanian negeri ini,” kata Aminuddin.

Aminuddin turut menambah bahawa projek ini selari dengan hasrat Kerajaan Negeri.

“Projek mega yang dibangunkan oleh F&N ini selari dengan hasrat dan aspirasi Kerajaan Negeri untuk merealisasikan konsep ‘Smart Agro’ seperti dalam Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2045.

“Saya mendoakan agar projek ini berjaya dilaksanakan serta beroperasi dengan lancar demi manfaat rakyat tempatan dan merancakkan ekonomi Malaysia,” ujar beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button