Berita

Fokus hadapi musim tengkujuh, bukan PRU-15: AMINUDDIN

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, semua pihak seharusnya fokus kepada persiapan menghadapi musim tengkujuh dan bukannya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Daripada sibuk memikirkan bila PRU-15 hendak diadakan, adalah lebih baik kita fikir bagaimana mahu membantu rakyat menghadapi musim tengkujuh (banjir).

“Semua pihak sepatutnya memahami situasi negara yang kini berdepan dengan masalah ekonomi dan kemungkinan berlaku musim tengkujuh.

“Lebih baik kita tunggu sehingga habis penggal.

“Ini bukan pandangan saya seorang sahaja, malah sebahagian besar rakyat turut berpandangan sedemikian,” kata beliau di sidang media selepas hadir pada Majlis Apresiasi Sempena Hari Kebangsaan 2022 Peringkat Negeri Sembilan di Klana Resort, Seremban.

Show More

Related Articles

Back to top button