Berita

Cukup tempoh lima tahun, buatlah pilihan raya

SEREMBAN: Sekiranya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak dibubar serentak boleh menyebabkan kos tinggi, maka kenapa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) perlu disegerakan sebelum habis tempoh mandat.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, tidak timbul isu Kerajaan Persekutuan tanggung kos tinggi untuk mengadakan PRU-15 sekiranya patuh kepada tempoh mandat lima tahun (sehingga Mei 2023).

“Cukup tempoh lima tahun, buatlah pilihan raya.

“Apa keperluan pilihan raya diadakan sebelum habis penggal lima tahun?

“Perkara yang harus menjadi keutamaan ketika ini ialah bagaimana membantu rakyat menghadapi musim tengkujuh (banjir),” ujar Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mustapa Mohamed yang berpendapat pembubaran Parlimen dan DUN secara tidak serentak boleh meningkatkan kos PRU-15 kepada hampir RM2 bilion.

Show More

Related Articles

Back to top button