Menarik

Aminuddin terima kunjungan hormat Ketua Polis Negeri Sembilan baharu

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah menerima kunjungan daripada Ketua Polis Negeri Sembilan yang baharu, YDH DCP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof.

Aminuddin berkata, YDH DCP Ahmad Dzaffir merupakan anak jati Negeri Sembilan.

“Beliau menggantikan YDH DCP Dato’ Ruslan Khalid yang bersara wajib.

“Sebelum ini beliau berkhidmat sebagai Komandan Maktab Polis DiRaja Malaysia.

“Mewakili Kerajaan Negeri, saya ucapkan selamat datang kepada YDH DCP Ahmad Dzaffir.

“Semoga beliau meneruskan perkhidmatan cemerlang mantan-mantan Ketua Polis sebelum ini, Insya Allah,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button