Berita

Rahman hulur bantuan kewangan kepada mangsa banjir

SERTING: Seramai tiga ketua keluarga terjejas banjir menerima sumbangan kewangan RM300 daripada Penyelaras DUN Serting, Tuan Abdul Rahman Ramli.

“Saya menyerahkan sumbangan kewangan RM300 kepada Encik Zainal, Encik Ahmad Hawari dan Puan Norzita yang terlibat dengan kejadian banjir di Kampung Dato’ Johan dan Kampung Jawa.

“Saya menerima maklumat daripada Pengerusi MPKK Kampung Dato Johan dan Kampung Jawa bahawa beberapa rumah telah dinaiki air dan saya segera ke tempat banjir untuk meninjau dan turut berhubung dengan Jabatan Angkatan Pertahanan Awam dan Bomba untuk pertolongan awal.

“Semoga dengan sumbangan yang diberikan ini dapat meringankan beban keluarga mangsa banjir tersebut,” kata Abdul Rahman.

Pengerusi MPKK Kampung Dato Johan dan MPKK Kampung Jawa mengucapkan terima kasih kepada Abdul Rahman di atas tindakan segera dan keprihatinan beliau terhadap mangsa banjir.

Show More

Related Articles

Back to top button